No Salt No Sugar till 2y why

Tidak perlu GARAM dan GULA dalam

masakan BAYI berusia bawah 2 TAHUN

Saya berharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 diluar sana memberikan yg terbaik buat si manja mereka. Adalah menjadi perkara biasa amalan mak2 kita menambahkan sdkt (secubit) garam dlm bubur bayi. Katanya nk bg ada rasa ckt, dan rasa lemak bubur tersebut. Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu bahayanya terlebih garam bagi bayi terutamanya bayi berumur satu tahun kebawah.

Oleh itu, kita yg bergelar ibu bapa pada zaman kini, perlu berusaha mendalami ilmu2 penting keibubapaan, mcm mn nak uruskan bayi dgn baik. Dgn kecanggihat teknologi kini, segalanya di hujung jari anda sahaja. Mudah kan? So rajin2kan diri menambah ilmu pengetahuan demi kesejahteraan kita semua.
Kenapa bayi berumur setahun kebawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)
Sy nak share info selanjutnya y dipetik dr sini.
Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.
Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) – dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.
Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik – yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.
Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari – terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?
Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan,makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga. Di entri yg akan datang, saya akan kongsikan resepi2 bayi yang boleh dicuba untuk membantu membuat makanan untuk bayi anda menjadi yang terbaik dan lazat.
So ibu-ibu sekalian… percayalah..Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dgr pepatah dr org2 lama,  “ko apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum ko dilahirkan”…hehehe.
Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian….  ^_^ renung2kan.. dan selamat beramal.. jadilah ibu bapa yg prihatin !!
 
Advertisements

Lemon Vinegar versi mama akid

Hahaha ini dia Lemon Vinegar untuk merendam bijirin. Disebabkan xmau beli Apple Cider Vinegar tu jadi saya buat sendiri je. Lagipun review mummy kt group kata lps dorng soak dan cuci grains tu still ada bau ACV. So me buat la sendri janji dia berasid.

Mesti tertanya mengapa perlu merendam bijirin? Haa kalau u all dapat tau kebaikan dia mesti nak buat punya, untuk anak tersayang 🙂 Merendam sebenarnya dapat mengelakkan kekurangan zat yang penting dalam bijirin tersebut.

Image